LAGENDA PUTERI SAADONG

Monday, May 17, 2010

HARI GURU TAHUN 2010

Hari ini merupakan hari pengiktirafan bagi semua guru di dalam negara ini. Apa tidaknya, pengorbanan guru mendidik untuk melahirkan generasi berilmu patut diberikan pengiktirafan yang tidak terhingga. Tugas guru diibaratkan seperti lilin membakar diri untuk membekalkan cahaya ilmu kepada generasi baru. Sebut sahaja segala jenis pangkat dan kejayaan yang diperoleh (perdana menteri, menteri, peguam, hakim, ahli perniagaan dan lain-lain) semuanya lahir hasil dari jerit perih dan bimbingan dari seorang guru.


Antara acara majlis pada hari ini PK HEM, En. Isamuddin menyampaikan perutusan dari YB. Menteri Pelajaran Malaysia diikuti oleh PK KO, En. Nik Zainal menyampaikan perutusan dari YBrs Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pengetua SMK Putri Saadong kemudiannya merasmikan perayaan Hari Guru SMKPS untuk tahun 2010.



Murid-murid diberi peluang untuk naik ke pentas dan menyampaikan hadiah kepada guru-guru mereka yang mereka sayangi.


Beginilah aksi guru-guru SMKPS apabila bertarung. Nampak hebat bila masing-masing bersaing untuk mendapat kemenangan. Acara sukaneka ini menutup tirai sambutan hari guru pada tahun ini.