LAGENDA PUTERI SAADONG

Tuesday, June 29, 2010

PESKO SMKPS (24 Jun - 27 Jun 2010) MENGGEGARKAN DAERAH BACHOK

PESKO (Pesta KoKurikulum) SMKPS pada tahun ini amat menakjubkan. Pelbagai pihak memberi pujian di atas usaha keras guru-guru dan kakitangan sekolah ini menjayakan program ini dengan gemilang. Pada hari ini (27 Jun 2010) Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan iaitu En. Azmi Bin Mamat yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan sudi hadir untuk merasmikan PESKO SMKPS 2010. Program yang berlangsung selama 4 hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibubapa pelajar dan juga penduduk setempat. Malah guru dan pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah bachok turut hadir untuk memberi sokongan kepada program ini.
Inilah antara babak-babak menarik yang dipamerkan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan serta Dif-Dif Jemputan yang hadir. Kami sajikan dengan alunan Kertok, pencak silat, lagu yang dinyanyikan secara koir (Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan Lagu Koperasi). Kemudian gimik pelancaran PESKO yang menakjubkan dipertontonkan.

  Antara acara yang mengisi program selama 4 hari ini adalah perkhemahan di sekolah, ceramah-ceramah (laluan selepas PMR dan SPM serta ceramah kerjaya), pertandingan-pertandingan (melukis, catur dan karom) gerai-gerai jualan serta pameran. Program seperti ini memerlukan kerjasama dan komitment yang tinggi untuk menjayakannya. Syabas kepada semua guru, kakitangan dan pelajar SMKPS kerana bekerja keras untuk merealisasikan kejayaan program ini. Program seperti ini perlu diteruskan dan diadakan setiap tahun dengan inovasi dan kreativiti yang lebih baik. Syabas sekali lagi.




Wednesday, June 9, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PSV DAN FIZIK SPM 2010

Untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar-pelajar SMKPS yang akan mengambil mata pelajaran PSV dalam SPM nanti, En. Salman dari UITM Machang telah dijemput sebagai panel penceramah. Pada hari yang ke 4 ini, seminar bermula pada pukul 8 pagi diawasi oleh Pn. Norhartini selaku guru yang bertugas. Beliau turut aktif membantu pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan.
Para pelajar menunjukkan kesungguhan mereka untuk mengaplikasikan apa yang disampaikan kepada mereka. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan tunjuk ajar daripada En. Salman dan juga Pn. Norhartini.
Pada pukul 10.30 pagi, Seminar Teknik Menjawab beralih kepada mata pelajaran Fizik pula. En. Ismail Mohd Naim yang bertugas di SMK Kota mengambil tempat sebagai panel penceramah. Beliau menggunakan teknik komunikasi dua hala dengan pelajar dengan menggunakan kertas soalan sebagai hub perhubungan.
Pn. Siti Normahani dan Pn. Zabidah sibuk menyusun kertas-kertas soalan sebelum diedarkan kepada para pelajar. Kesungguhan guru-guru SMKPS mencurahkan bakti perlu diberi pujian kerana sanggup datang walaupun pada waktu cuti sekolah. Tiada apa yang mereka minta kecuali untuk melihat kejayaan anak-anak didik mereka. Syabas kepada guru-guru sekolah ini.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2010

Hari ini merupakan hari ke 3 Seminar Teknik Menjawab untuk pelajar-pelajar SMKPS yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Penceramah jemputan adalah En. Razali dari SMK Lakloh yang merupakan antara pemeriksa kertas jawapan bagi SPM Bahasa Melayu. Justeru, kehadiran beliau amat tepat untuk mempersiap-siagakan pelajar-pelajar SMKPS yang akan menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
En. Wan Halim Guru Cemerlang sekolah ini yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pn. Nik Azlina hadir untuk memantau pelajar-pelajar agar mengikuti seminar ini dengan baik. Namun, tingkah laku pelajar-pelajar mendapat pujian daripada panel penceramah kerana tekun mendengar dan memberi respon positif terhadap petua-petua yang beliau sampaikan.

Kepetahan En. Razali dalam menyampaikan maklumat dan kebolehannya membuat jenaka menarik minat pelajar-pelajar mendengar sekaligus menerima ilmu-ilmu daripada beliau. Malah bahan-bahan yang beliau paparkan amat sistematik dan berkesan untuk diaplikasikan oleh pelajar-pelajar. Ini menunjukkan beliau telah membuat persediaan yang rapi sebelum beliau datang ke sekolah ini. Inilah yang dikatakan ciri-ciri seorang penceramah yang baik.

Monday, June 7, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SASTERA SPM 2010

Untuk memanfaatkan cuti sekolah ini, para guru SMKPS telah menganjurkan SEMINAR TEKNIK MENJAWAB untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Hari ini yang merupakan hari ke 2 seminar, En. Aziz Guru Cemerlang dari SMK Ibrahim 1 telah datang untuk memberikan petua-petua untuk menjawab soalan SASTERA. En. Jasudin guru SMKPS selaku Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan En. Aziz ke sekolah ini.
Biarpun seminar ini agak lewat berjalan kerana kesilapan teknikal, namun 'presentation' En. Aziz dapat mengembalikan kesegaran majlis pada pagi ini. Apa yang menarik perhatian dalam penyampaian beliau ialah beliau menerangkan bagaimana markah diberi dan bagaimana menjawab soalan dengan betul. Banyak contoh-contoh soalan dari peperiksaan SPM yang lepas beliau berikan jawapan secara terperinci.
Pelajar-pelajar amat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh En. Aziz. Ramai yang membuat catatan ke atas petua-petua untuk skor dengan cemerlang. Menurut En. Aziz, sesiapa yang mengikuti petua-petua yang beliau sampaikan itu, pasti akan mendapat sekurang-kurangnya B+.
Pn. Noorashikin Jusoh guru SMKPS selaku Guru Bertugas untuk seminar pada hari ini menyampaikan sedikit cenderahati kepada En. Aziz sebagai penghargaan di atas kesudian beliau untuk hadir ke seminar ini. 




PRASARANA SUKAN DALAM PEMBINAAN

Dalam usaha sekolah ini untuk meningkatkan prestasi sukan di kalangan pelajarnya, maka prasarana ke arah itu sedang dijalankan. Stor sukan yang akan menempatkan peralatan-peralatan sukan dan guru-guru sukan sekolah ini hampir siap dibina. Dengan adanya peralatan yang cukup, tenaga pengajar yang berpengalaman dan keinginan pelajar yang tinggi untuk berjaya maka sudah tentu pembinaan stor sukan ini akan membuahkan hasil yang baik.
Kerja-kerja pemelasan sudah hampir siap. Kerja-kerja akhir pembinaan ini dijalankan oleh pekerja-pekerja sekolah ini iaitu seramai 4 orang. Mereka bergotong-royong menyiapkan pembinaan stor tersebut.
Bahagian dalam stor ini sudah siap dan hanya menunggu untuk dipasangkan pintu serta tingkap. Setelah pintu dan tingkap dipasang maka kerja yang terakhir iaitu pendawaian eletrik akan dijalankan. Nampak gayanya kerja-kerja pembinaan stor ini mungkin dapat disiapkan dalam masa 2 bulan lagi.