LAGENDA PUTERI SAADONG

Monday, June 7, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SASTERA SPM 2010

Untuk memanfaatkan cuti sekolah ini, para guru SMKPS telah menganjurkan SEMINAR TEKNIK MENJAWAB untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Hari ini yang merupakan hari ke 2 seminar, En. Aziz Guru Cemerlang dari SMK Ibrahim 1 telah datang untuk memberikan petua-petua untuk menjawab soalan SASTERA. En. Jasudin guru SMKPS selaku Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan En. Aziz ke sekolah ini.
Biarpun seminar ini agak lewat berjalan kerana kesilapan teknikal, namun 'presentation' En. Aziz dapat mengembalikan kesegaran majlis pada pagi ini. Apa yang menarik perhatian dalam penyampaian beliau ialah beliau menerangkan bagaimana markah diberi dan bagaimana menjawab soalan dengan betul. Banyak contoh-contoh soalan dari peperiksaan SPM yang lepas beliau berikan jawapan secara terperinci.
Pelajar-pelajar amat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh En. Aziz. Ramai yang membuat catatan ke atas petua-petua untuk skor dengan cemerlang. Menurut En. Aziz, sesiapa yang mengikuti petua-petua yang beliau sampaikan itu, pasti akan mendapat sekurang-kurangnya B+.
Pn. Noorashikin Jusoh guru SMKPS selaku Guru Bertugas untuk seminar pada hari ini menyampaikan sedikit cenderahati kepada En. Aziz sebagai penghargaan di atas kesudian beliau untuk hadir ke seminar ini. 




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.