LAGENDA PUTERI SAADONG

Wednesday, June 9, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2010

Hari ini merupakan hari ke 3 Seminar Teknik Menjawab untuk pelajar-pelajar SMKPS yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Penceramah jemputan adalah En. Razali dari SMK Lakloh yang merupakan antara pemeriksa kertas jawapan bagi SPM Bahasa Melayu. Justeru, kehadiran beliau amat tepat untuk mempersiap-siagakan pelajar-pelajar SMKPS yang akan menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
En. Wan Halim Guru Cemerlang sekolah ini yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pn. Nik Azlina hadir untuk memantau pelajar-pelajar agar mengikuti seminar ini dengan baik. Namun, tingkah laku pelajar-pelajar mendapat pujian daripada panel penceramah kerana tekun mendengar dan memberi respon positif terhadap petua-petua yang beliau sampaikan.

Kepetahan En. Razali dalam menyampaikan maklumat dan kebolehannya membuat jenaka menarik minat pelajar-pelajar mendengar sekaligus menerima ilmu-ilmu daripada beliau. Malah bahan-bahan yang beliau paparkan amat sistematik dan berkesan untuk diaplikasikan oleh pelajar-pelajar. Ini menunjukkan beliau telah membuat persediaan yang rapi sebelum beliau datang ke sekolah ini. Inilah yang dikatakan ciri-ciri seorang penceramah yang baik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.