LAGENDA PUTERI SAADONG

Wednesday, June 9, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PSV DAN FIZIK SPM 2010

Untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar-pelajar SMKPS yang akan mengambil mata pelajaran PSV dalam SPM nanti, En. Salman dari UITM Machang telah dijemput sebagai panel penceramah. Pada hari yang ke 4 ini, seminar bermula pada pukul 8 pagi diawasi oleh Pn. Norhartini selaku guru yang bertugas. Beliau turut aktif membantu pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan.
Para pelajar menunjukkan kesungguhan mereka untuk mengaplikasikan apa yang disampaikan kepada mereka. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan tunjuk ajar daripada En. Salman dan juga Pn. Norhartini.
Pada pukul 10.30 pagi, Seminar Teknik Menjawab beralih kepada mata pelajaran Fizik pula. En. Ismail Mohd Naim yang bertugas di SMK Kota mengambil tempat sebagai panel penceramah. Beliau menggunakan teknik komunikasi dua hala dengan pelajar dengan menggunakan kertas soalan sebagai hub perhubungan.
Pn. Siti Normahani dan Pn. Zabidah sibuk menyusun kertas-kertas soalan sebelum diedarkan kepada para pelajar. Kesungguhan guru-guru SMKPS mencurahkan bakti perlu diberi pujian kerana sanggup datang walaupun pada waktu cuti sekolah. Tiada apa yang mereka minta kecuali untuk melihat kejayaan anak-anak didik mereka. Syabas kepada guru-guru sekolah ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.